Selasa, 10 April 2012

BERAPA JUMLAH GURU DG2941 SEBENARNYA

Berapa sebenarnya jumlah guru DG 2941 yang sedang berkhidmat di seluruh Malaysia pada hari ini. Mari kita bersuara. Kita telah lama teraniaya. Guru-guru yang telah mendapat Timebased 32, gaji naik 25 % pada 2007 bukan main marah kerana lantikan mereka ke DG 41 dibekukan, kita yang telah menanggung bebanan sekian lama apatah lagi.

Sila respon kalau guru DG2941 membca blog ini. Walau tak sampai kemana, cukuplah sekadar perkongsian perasaan yang telah lama terluka dek ketidakadilan sistem yang dibuat oleh mereka-mereka yang berkepentingan.

9 ulasan:

  1. saya salah seorang daripadanya. mari kita beramai-ramai perjuangkan nasib kita.

    BalasPadam
  2. Suruh nutp menolong kami saman kerajaan kerana menindas kumpulan dg2941

    BalasPadam
  3. Golongan guru DG2941 tidak boleh menyaman kerajaan kerana kita akur kita adalah kakitangan awam yang menurut perintah. Tapi kita boleh menghantar bantahan di dalam bentuk memorendum atau datang beramai-ramai ke KL berjumpa dengan pihak atasan di kementerian bagi menyuarakan ketidakpuashatian kita. NUTP boleh bertindak sebagai orang tengah kalau mereka ikhlas hendak membantu. Jangan hanya hendakkan yuran bulanan sahaja. Kesabaran golongan ini ada hadnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu cadangan yang bijak dan ini yang kita patut lakukan.

      Padam
  4. Saya pun dari golongan DG2941. Option sejarah. Entah bilalah agaknya nasib kita akan diselesaikan. Marilah kita sama-sama memanjat doa memohon pertolongan daripada Allah SWT. Saya sendiri merasa sedih dan dukacita dengan keadaan kita. Saya masih ingat disebabkan hanya bergaji separuh banyak perkara yang tidak kita nikmati di kala orang lain menikmatinya. Dalam tempoh cuti belajar tak pernah sekalipun dapat menempah baju raya. Ke hulu ke hilir hanya dengan menunggang motorsikal. Ada kereta tapi dah tua, air-cond pula rosak hingga diketawakan oleh sanak saudara.Dan terpaksa berdikit2 menyimpan wang untuk membaiki air-cond. Kasihannya lah nasib guru DG2941.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah dapat timebased dg 44 ke ? kalau dah dapat alhamdulillah. rasanya kena sambung masterlah kita ni sebab kerajaan ada mengeluarkan biasiswa pada tahun 2012. tahun 2013 tak pasti lagi. tapi syaratnya telah memulakan pengajian. bunyi kata gaji master akan dipertimbangkan 2 atau 3 hpg. itu sajalah ikhtiar kita. selamat maju jaya

      Padam
  5. Salam untuk warga pendidik (Dg29/Dg41) memang rasa terkilan apabila melihat kawan seperjuangan yang merasai time based dg 32 dan menikmati kenaikan gaji 27%. Nak bising pun itukah hakikat yang telah diputuskan oleh pihak kerajaan. Mungkinkah penantian ini akan berakhir. Semoga usaha NUTP mengumpul data yang guru dg29/dg41 akan menampakkan hasil untuk membela .. agar jurang gaji dengan rakan2 lain tidak terlalu besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan pula guru dg32/dg41 merasa tempiasnya. dulu guru dg29/41 menerima 1 hpg. guru dg32/41 dapat juga. jadinya jurang perbezaan gaji akan jauh juga....

      Padam