Selasa, 10 April 2012

APAKAH NASIB GURU DG2941 TERBELA ?

1. Tidak sempat menikmati Timebased akibat perubahan SSB ke SSM.
2. Penyelarasan gaji 2007, DG 41 ke atas 15 % sahaja, DG 41 kebawah 25 %
3. Dapat 1 HKG , guru Timebased 32 yang dilantik ke DG 41 dapat juga.
4. SBPA, timebased dari 10 tahun ke 8 tahun pula. Makin tinggi perbezaan gaji guru DG3241 dengan DG2941.

Di mana rasionalnya semua ini

1. Guru DG 2941 tidak tahu akan berlaku perubahan dari SSB ke SSM. Kalau tahu mungkin mereka tidak sambung belajar. Sebab SSB nak timebased 22 tahun, SSM 10 tahun sahaja.
2. Kalau penyelarasan gaji sama pada 2007, perbezaan gaji tidaklah begitu ketara. Tetapi apa telah jadi, nasi telah jadi bubur. Zaman Mahathir jadi PM, kenaikan hanya 10 % sahaja. Tidak pernah timbul masalah begini.
3. Sepatutnya hanya guru 2941 yang tidak sempat menikmati timebased yang dapat, tetapi apa berlaku, guru dah dapat timebased 32 juga dapat. Perbezaan gaji makin parah
4. Belum lagi selesai isu timebased 22 tahun ke 10 tahun, pendek lagi ke 8 tahun, apa nak jadi keadaan semakin haru-biru. Jurang perbezaan makin jauh dan nampaknya sampai pencen pun tidak terkejar guru-guru DG3241.

Penyelesaiannya ( cadangan )

1. Guru-guru DG2941 yang telah cukup 10 tahun untuk timebased pada 2012, diberi extra 2 tahun untuk digunakan bagi timebased DG44. Olehitu timebased mereka hanya 6 tahun sahaja.
2. Bagi guru-guru dg2941 yang belajar melalui PKPG / universiti sepenuh masa, pinjaman PTPTN mereka dikurangkan sehingga menjadi 25% sahaja, seperti pelajar OUM / PJJ yang hanya perlu membayar RM 5,000 sahaja.

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. KITA PERLU BERSATU, MASALAHNYA KITA TIDAK TAHU BERAPA BILANGAN GURU DG2941 YAJG TERLIBAT SEBENARNYA. KITA TIADA SATU MEDIUM YANG BETUL-BETUL BERKESAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH KITA. NUTP PUN TAK BOLEH DIHARAP. SEMAKIN LAMA SEMAKIN UNTUNG GURU-GURU BARU. SAYA PUN BUNTU JUGA.

      Padam
  2. Ada guru mendapat timebased 32 sebelum 1.7.2007 dan mereka ni dilantik sebelum 2007 pun turut menerima tempias hebat ..gaji menyusut hampir 3 rat...walaupun tidak seperti dg2941..namun jika perjuangan hanya untuk 2941 maka mereka ini tidak akan bersama anda....mereka akan melakukan perjuangan untuk pihak mereka sahaja..

    BalasPadam
  3. semasa mereka dapat timebased 32 tu adakah mereka mendapat kenaikan gaji dari dg29 ke dg32 ? kalau dapat bermakna mereka masih bernasib baik. golongan dg2941 amatlah malang, sudahlah tiada kenaikan gaji dari dg29 ke dg32,kenaikan gaji 2007 memanglah serupa macam dg32.jadi kesimpulannya golongan yang sempat dapat dg32 oklah sikit berbanding dengan golongan ini.itulah sebabnya saya katakan golongan dg2941 adalah yang paling teraniaya. tahun 2012 golongan ini dapat timebased dg44, gaji pokok masih rendah dari golongan dg41 yang posting tahun 2008. tahun depan golongan ini dapat dg44. apalah nasib. cadangan, mohon guru cemerlang, saya saya telah 4 kali mohon gc, satu pun tak lekat. apa lagi sambung master, luka lama sambung belajar nak dapat ijazah ari tu belum sembuh lagi. tak tau la. kalau ada cadangan sila beritahu

    BalasPadam